Jadi di antara matt dan mid sheen yang mana korang pilih? Yang mana lebih sesuai dengan dinding rumah korang?
Kemasan Matt.
Matt mempamerkan kesan lembut dan tampak mewah. Matt adalah kemasan cat yang tidak berkilat. Ia tidak bersinar kerana sifatnya yang menyerap cahaya.Kelebihan.
- Kesan dinding yang tidak sempurna licin boleh dilindungi dengan kemasan ini.
- Senang buat kerja touch up. Boleh repair cat untuk sebahagian dinding tanpa perlu cat kesemua permukaan.
Kemasan matt sesuai untuk semua permukaan dinding. Tiada masalah untuk dinding yang terang menghadap cahaya matahari walaupun dinding korang tidak begitu sempurna.
Proses mengecat agak mudah walaupun korang mungkin tidak berpengalaman. Kemasan matt mampu dikendalikan tanpa cerewet.
Kemasan matt agak popular sekarang ini. Jadi pilihan banyak terutama untuk rumah kondo yang didiami pasangan muda baru berkahwin.
Kemasan Mid Sheen.
Mid sheen adalah cat premium yang dipertingkatkan kemasannya untuk memberi kesan yang lebih berkilauan dengan sentuhan yang lembut.Kelebihan.
- Cat ini tahan lasak sesuai dengan sifatnya yang premium.
- Mudah dibersihkan dan bertahan lasak.
Namun perlu persediaan yang rapi pada dinding jika korang pilih kemasan mid sheen.
Permukaan dinding mestilah sempurna. Jika ada kesan gerutu atau kasar dan tidak rata, ia akan mudah dilihat.
Kemasan mid sheen tidak dapat menutup kelemahan permukaan dinding itu kerana sifatnya yang bersinar dan bertujuan untuk menonjolkan dinding.
Jadi segala apa ketidaksempurnaan dinding akan diserlahkan oleh kemasan jenis ini.
Proses mengecat agak rumit kalau korang tidak berpengalaman. Garisan tompok atau berbelang mungkin terhasil.
Kemasan ini susah untuk kerja touch up. Kalau ada part yang perlu direpair, seluruh dinding perlu dicat semula. Kalau tidak, pasti akan ada kesan tompokkan yang berbeza.
Sekarang korang dah nampak sikit sebanyak sifat dua kemasan ini. Korang boleh cuba setiap satu kemasan ini untuk setiap bilik yang berlainan dan lihat sendiri kesannya.
Cuma padankan sifat kemasan dan warna cat dengan kesesuaian bilik korang.
Jangan lupa pula untuk pilih warna yang sesuai. Setiap warna dan kemasan boleh mempengaruhi ruang samada nampak luas atau sempit.
Untuk lebih jelas lagi, post ini mungkin boleh membantu korang.
Tips
- Guna matt kalau dinding rumah tidak begitu sempurna.
- Elakkan mid sheen jika dinding rumah tidak smooth. Kalau nak pakai juga, dinding kena skim dulu.