Nak Cat Rumah Tapi Tak Tau Berapa Kos?

Lihat senarai harga terbaru 2024 untuk kos cat rumah anda. Klik untuk lihat sekarang!

  • Cat Warna Cerah Di Atas Dinding Gelap

    primer dinding gelap


    'Dinding rumah I berwarna gelap. I cadang nak tukar cat warna cerah...mungkin putih kot. Possible tak? Dan berapa lapis I perlu cat ye, supaya hasilnya cantik?'

    Bagi korang yang dah biasa mengecat atau pernah tengok orang mengecat, mesti dah tau dan tak akan tanya soalan ini.

    Tapi sebenarnya soalan ini banyak ditanya oleh pelanggan kitorang. Bukan semua ada peluang dan pengalaman cat rumah sendiri.

    Bila tak pernah buat, mestilah kita tidak tahu.

    Jadi kitorang harap sedikit perkongsian pengalaman ini dapat membantu menjawab soalan diorang.

    Penting kena ingat, jumlah cat untuk menutup warna gelap dengan warna cerah akan makan cat yang lebih banyak.

    Dengan sendirinya akan lebih banyak masa dan tenaga korang perlukan.

    Ada beberapa step yang perlu korang buat sebelum mula.

    Pastikan Dinding Bersih.

    Bersihkan dulu dinding dari sebarang habuk dan sesawang. Boleh juga gunakan kain yang dilembabkan supaya lebih senang kerja. Ini untuk mengelak korang daripada tercat debu dan habuk kotoran.

    Tampal Rekahan Atau Lubang Paku.

    Buat yang ini dulu sebelum korang mula mengecat. Tambah lagi kalau korang guna cat yang jenis glossy.

    Pastikan dinding yang telah ditampal digosok pula dengan kertas pasir supaya dinding nampak licin dan mulus.

    primer cat dinding


    Buat Lapisan Primer.

    Ini step yang sangat penting dan sangat membantu.

    Mengecat terus warna cerah di atas dinding warna gelap tanpa menyapu primer lebih dulu akan memakan banyak cat sehingga ke enam lapisan atau lebih.

    Buat dua lapisan nipis primer di atas dinding gelap, dan korang sudah boleh mengecat warna cerah ke atasnya sebanyak paling kurang dua lapisan.

    Selain menjimatkan cat, primer membantu untuk mengekalkan keaslian warna cat cerah itu.

    Bestkan?

    Tanpa primer warna cerah yang korang cat akan dibayangi warna asal dinding gelap. Sifat warna akan berubah dan hasilnya juga tak cantik.

    Ada banyak primer untuk korang pilih. Belilah primer yang berkualiti supaya dapat hasil yang baik.

    Lapisan Kemasan Cat Cerah.

    Korang dah habis sapu primer, tunggu hingga kering dulu.

    Sekarang boleh mula sapu cat warna cerah ke atas dinding gelap yang dah di lapis primer dengan menggunakan roller. Kalau korang tidak pasti tentang saiz roller yang sesuai, korang boleh lihat di sini.

    Supaya lebih cantik korang boleh buat dua lapisan lagi cat cerah di atas dinding itu. Pastikan dulu lapisan pertama kering baru masuk lapis kedua.

    Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang berapa jumlah lapisan cat nak kena buat supaya dinding nampak cantik, lihat di sini.

     Tips.
    Semasa buat lapisan primer, cuba sapu secara sekata pada lapisan kedua. Cat dengan rata pada peringkat ini.

    Apabila sapuan primer sekata, sapuan cat cerah ke atasnya jadi lebih mudah dikendalikan.

    Senangkan?.

    Korang boleh cuba dan lihat sendiri.