Nak Cat Rumah Tapi Tak Tau Berapa Kos?

Lihat senarai harga terbaru 2021 untuk kos cat rumah anda. Klik untuk lihat sekarang!

  • Thinner Untuk Melembutkan Cat Minyak

    Cat akan mula mengeras jika terdedah lama pada udara. Tapi ini tak bermakna anda perlu membuangnya dan beli yang baru. Kenapa nak membazir kalau masih boleh digunakan?

    Di sinilah peranan thinner untuk mengekalkan kelikatan cat supaya mudah dan selesa bila mengecat.

    Langkah 1 - Beli Produk Yang Betul.

    Bagaimanakah thinner diguna dalam cat minyak?

    Thinner adalah bahan pelarut untuk mencairkan cat yang berasaskan minyak. Anda hanya perlu masukkan thinner ke dalam cat dalam jumlah yang sesuai.

    Ada jenis cat memerlukan pencair atau thinner yang tersendiri dan tidak boleh dicampur sembarangan. Pastikan anda dapat produk yang betul bila membeli di hardware.

    Kalau untuk cat biasa, memadai dengan thinner biasa yang boleh dibeli di mana-mana hardware.

    Langkah 2 - Campuran Thinner.

    Tuangkan cat ke dalam bekas. Masukkan thinner sedikit demi sedikit. Pada botol atau tin thinner biasanya ada keterangan label cara untuk guna. Ikutilah panduan itu.
    Tuang secara perlahan, sedikit demi sedikit sehingga anda mencapai konsistensi atau kelikatan yang sesuai.
    Anda sentiasa boleh tambah thinner ini. Tapi kalau dah terlebih, anda dah tak boleh nak kurangkannya lagi.

    Jangan sesekali biarkan penutup thinner terbuka untuk tempoh masa yang lama. Ia akan terbebas ke udara dan jadi lawas.

    Tip : Bila anda perlu menyimpan baki cat minyak yang telah diguna, tuangkan sedikit thinner ke atas permukaan cat sebelum menutup tin cat. Ini boleh melambatkan proses cat dari mengeras.

    Langkah 3 - Kacau Hingga Sebati.

    Gunakan sebarang alat pengacau yang sesuai untuk mengacau cat bila anda menambah thinner. Kacau dengan lembut.
    Perhatikan kelikatannya. Kalau rasa masih terlalu pekat,tambah lagi sampai anda rasa puas hati.
    Untuk menambah lagi keberkesanannya, tuang cat yang telah bercampur thinner ini ke dalam bekas lain dan dituangkan semula ke dalam bekas asal. Ini akan buat cat jadi benar-benar sebati.

    Sekali lagi, tambahkan hanya sedikit demi sedikit untuk mencapai kelikatan yang diingini sehingga anda rasa ok.


    Share Post Ini Dengan Kawan?