Nak Cat Rumah Tapi Tak Tau Berapa Kos?

Lihat senarai harga terbaru 2021 untuk kos cat rumah anda. Klik untuk lihat sekarang!

  • Warna Sesuai Untuk Cat Dinding Rumah


    Tak ada idea nak cat warna apa untuk dinding rumah anda?

    Warna dinding ni penting sangat sebab ia mempengaruhi penampilan dan mood bilik. Ramai yang buat silap dengan pilih warna yang mereka suka, tapi bila dah cat tak berkenan pulak.

    Sebab apa?

    Sebab mereka tak cuba visualisekan dulu final result macamana. Semuanya main agak-agak jer. Sebab kombinasi yang salah, keseluruhan ruang nampak bercelaru.

    Anda kena ada gambaran jelas macamana rupa warna dinding ni bila dah siap dicat. Kombinasi warna kena betul sebelum anda mula mengecat lagi. Barulah tak rugi.

    Di sini kami paparkan contoh pilihan warna yang mungkin boleh beri anda idea sebelum anda pergi beli cat. Warna-warna ini dipilih dari jenama Jotun cat interior Majestic.

    Kami bagi sekali nama dan kod warna cat supaya mudah kalau anda nak cari di kedai nanti. Mana tau ia mungkin sesuai dengan dinding dan citarasa anda?

    Putih.


    Anda tak mungkin silap dengan memilih warna putih. Putih buat ruang nampak lebih luas. Mudah pulak nak dipadankan dengan kesemua warna dan perabut lainnya.

    Lihat bagaimana warna putih boleh membuatkan ruang bilik nampak lebih luas di sini.

    Nama warna : Chi (kod 7236) Jotun Majestic Interior Color.

    Kuning Barli.


    Kuning lembut buat ruang rumah anda nampak segar. Ni warna neutral dan mudah untuk disesuaikan. Kalau anda pakai perabut kayu, warna ni memang mudah nak bangkitkan seri perabut kayu anda.

    Nama warna : Pure Barley (kod 1334) Jotun Majestic Interior Color.

    Biru Turquoise.


    Turquoise memberi semangat dan kesegaran pada ruang. Anda kena teliti nak sesuaikan warna ini dengan perabutan rumah. Padankan dengan bijak warna ini dengan warna dinding yang lain.

    Tak semestinya anda gabungkan warna turquoise dengan set warna biru lain semata-mata. Cuba padankan dengan warna-warna pop. Atau padankan saja dengan putih, mesti cantik.

    Nama warna : Imperial Jade (kod 6032) Jotun Majestic Interior Color.

    Pink Lembut.


    Pink ni warna jiwang. Warna yang agak feminin dan beri kesan romantis kepada pemiliknya. Sesuai sangat untuk rumah pasangan baru berkahwin. Nampak mewah bila dipadankan dengan putih.

    Nama warna : English Rose (kod 3183) Jotun Majestic Interior Color.

    Biru Deco.


    Warna ini ada peminatnya tersendiri. Kena pandai main pencahayaan. Jika cukup pencahayaan dan kena dengan perabut, biru ini sangatlah memberi kesan elegant dan dramatik.

    Nama warna : Deco Blue (kod 4477) Jotun Majestic Interior Color.

    Hijau Lembut.


    Hijau ini memerlukan pencahayaan yang baik. Elakkan cat dinding anda warna ini jika rumah anda tak banyak tingkap atau anda gemar pencahayaan yang samar. Hijau ini menambah ketenangan.

    Nampak kasual jika dipadankan dengan warna putih, gray atau hijau yang lebih tua.

    Nama warna : Clover Lane (kod 8323) Jotun Majestic Interior Color.

    Biru Lembut.


    Warna ini nampak tenang sekali. Ia menampakkan kesan jauh saujana mata memandang. Perlu bijak menyesuaikan dengan pilihan warna lain, kalau tak pasti ke laut.

    Putih masih kombinasi warna yang baik untuk biru ini. Anda akan dapat suasana yang sejuk dan sungguh mendamaikan.

    Nama warna : Eternal Blue (kod 4108) Jotun Majestic Interior Color.

    Medium Gray.


    Semakin ramai yang guna warna siri gray untuk menonjolkan bahagian tertentu ruang. Ramai beranggapan warna ini tak sesuai jika dicat pada bilik yang sempit. Tapi sebenarnya warna ini mencipta 'space' jika anda bijak mengolahnya.

    Pencahayaan kena cukup kalau nak pakai warna ini.

    Nama warna : Evening Light (kod 4618) Jotun Majestic Interior Color.

    Sefia Klasik.


    Anda sukakan sesuatu yang lebih klasik? Warna sefia ini mungkin sesuai untuk anda. Warna cokelat gelap dan agak kemerahan ini membangkitkan kesan hangat pada yang berjiwa romantis. Akan menambah seri permukaan dinding jika digantungkan bingkai gambar atau lukisan. Bingkai berwarna cerah akan menimbulkan kontras yang baik.

    Nak nampak lebih klasik dan dramatik, bubuh bingkai hitam gelap.

    Nama warna : Evening Sky (kod 1462) Jotun Majestic Interior Color.

    Anda cuma perlu ingat, warna seperti kuning dan pink adalah warna yang mudah membangkitkan.

    Sementara warna yang lebih sejuk seperti biru dan hijau memberi rasa selesa dan tenang. Putih dan gray membuat anda lebih santai.

    Anda rasa teruja untuk cat dinding sekarang? Tapi tak ada masa? Nak kami catkan rumah anda? Klik 0103812200 untuk whatsapp sekarang.


    Share Post Ini Dengan Kawan?