Nak Cat Rumah Tapi Tak Tau Berapa Kos?

Lihat senarai harga terbaru 2024 untuk kos cat rumah anda. Klik untuk lihat sekarang!

  • Perbezaan Primer, Sealer Dan Undercoat


    Ada beza ke di antara primer, sealer dan undercoat?

    Jawapannya ya. Ada bezanya.

    Yang tidak berbeza ialah semua bahan ini digunakan pada lapisan awal sebelum warna sebenar disapu.

    Jom kita lihat kegunaannya supaya lebih jelas.

    Primer.

    Primer disapu pada permukaan dinding baru yang belum bercat. Penggunaan primer adalah untuk memberi lapisan yang kemas pada permukaan.

    Primer berfungsi untuk:

    • Menutup kesan-kesan kotoran dinding.
    • Mengurangkan kesan kecil tidak rata pada permukaan.
    • Menghalang kelembapan menembusi permukaan cat.
    • Mencegah cat dari meresap ke dalam dinding.

    Ada jenis primer yang mengandungi bahan penghalang kulat dan fungus dari merebak dan keluar tompok putih pada dinding.

    Sealer.

    Sealer boleh diguna sebagai pengganti primer. Atau disapu sebelum primer pada dinding asal yang belum dicat. Tujuan utama sealer untuk memberi lapisan perlindungan dan perisai di antara dinding asal dengan lapisan cat.

    Kebaikan utama sealer ia boleh membaik pulih permukaan dinding lama yang sedikit sukar dicat. Kalau anda nak cat dinding yang agak poros, pakailah sealer supaya kerja jadi senang.

    Sealer boleh memberi perlindungan supaya kemasan cat akhir jadi tahan lebih lama.


    Undercoat.

    Undercoat disapu selepas primer. Ia diguna untuk menutup kesan kecil ketidaksempurnaan pada dinding.

    Undercoat juga diperlukan bagi menutup warna asal dinding jika ingin menukar warna. Lebih diperlukan jika dinding yang gelap ingin ditukar pada cat lebih cerah. Ini penting supaya warna yang ingin dicat tidak berubah tonanya.

    Tips : kalau permukaan baru, guna primer atau sealer. Kalau dinding dah pernah bercat, guna undercoat. - Azrul


    Share Post Ini Dengan Kawan?