Nak Cat Rumah Tapi Tak Tau Berapa Kos?

Lihat senarai harga terbaru 2024 supaya mudah anda merancang. Tekan untuk lihat sekarang!

  • Cat Apa Yang Sesuai Untuk Siling?

    cat-apa-sesuai-untuk-siling


    Apa jenis cat paling sesuai untuk siling rumah?

    Soalan ini sering ditanya kepada kami.

    Siling biasanya dicat putih menggunakan cat emulsion jenis acrylic matt.

    Sebabnya:
    • Cat matt berasaskan air ini tidak menyilaukan mata.
    • Siling biasanya kurang disentuh, jadi tidak memerlukan cat glossy atau jenis yang tahan lasak.
    • Cat jenis matt ini boleh menutup ketidaksempurnaan siling.
    • Ia memberi kesan luas pada bilik.
    Dulu-dulu penggunaan cat semi gloss agak popular untuk cat siling dapur, bilik air atau mana-mana area yang mempunyai kelembapan tinggi.

    Ini kerana cat semi gloss lebih tahan lasak untuk menahan hakisan kesan lembap.

    Tetapi zaman berubah begitu juga teknologi. Cat berasaskan air yang ada di pasaran sekarang banyak yang dipertingkatkan supaya lebih lasak.

    Korang hanya perlu pilih cat yang sesuai.

    maxilite-white-cat-siling

    Ada pelbagai jenis cat untuk siling dari pelbagai jenama yang korang boleh beli di kedai cat.
    Tiga jenama cat ini yang sering kami guna untuk cat siling:
    • Maxilite.
    • Matex.
    • Jotaplus.
    Maxilite dikeluarkan oleh AkzoNobel syarikat yang sama mengeluarkan cat Dulux. Matex adalah dari Nippon Paint. Dan jotaplas pula adalah dari syarikat pengeluar cat Jotun.

    jotaplast-cat-siling

    Di antara ketiga-tiga ini mana yang lebih baik kualitinya? Dan bagaimana pula harganya?

    Berdasarkan pengalaman kitorang guna ketiga jenama ini, bezanya tidak ketara dari segi hasil penggunaannya.

    Kualiti juga lebih kurang sama, memang sesuai untuk cat siling sebab ia mudah kering. Ia bukan terhad pada siling saja, korang boleh guna juga untuk cat dinding dalaman.

    matex-cat-siling

    Cat jenis ini dijual dalam tong 1 liter, 7 liter dan 18 liter.
    • 1 liter = rm14+.
    • 7 liter = rm32-rm40.
    • 18 liter = rm63-rm75.
    Harga berbeza di antara satu kedai dengan kedai yang lain. Untuk setiap jenama pun harganya sekitar itu saja.

    Korang dah pun tau cat jenis apa yang nak digunakan untuk siling.

    Tapi macam mana pulak nak cat siling? Di sini korang boleh lihat step by step.

      Cara Mengecat Siling Rumah.


     Tips
    Ketiga-tiga cat ini berwarna putih, tetapi:
    • Maxilite - putih yang sedikit kebiruan.
    • Matex - putihnya memang putih.
    • Jotaplas - putih yang sedikit kekuningan.

    Kalau korang tengok memang nampak putih, tapi betul-betul diamati akan dapat dilihat ada slightly tona itu.

    Itu sebab designer yang cerewet akan cukup teliti dalam bab ini, walaupun ia seperti perkara kecil. Tapi kesannya penting untuk dapat hasil yang maksima.