010 381 2200

Servis Cat Rumah Area Selangor Dan Kuala Lumpur

Intro


Tukang cat dinding adalah servis yang ditawarkan oleh iDraw Studio (002115455-T) syarikat bumiputera yang berdaftar sejak 2012.
Dengan stor simpanan barang di rawang, servis cat bermula pada tahun 2017.

Me

Lokasi


Servis cat kami untuk seluruh area selangor, wilayah persekutuan kuala lumpur dan putrajaya.


Selangor 39%
Kuala Lumpur 46%
Putrajaya 11%
Lain-lain 4%

Kenapa Pilih Kami?

  • Upah yang berpatutan.
  • Hasil kerja yang teliti.
  • Berpengalaman luas.
  • Kami bekerja cepat.
  • Waktu kerja yang fleksibel.
  • Kebersihan rumah dijaga.
  • Harga boleh dirunding.

Percuma Nasihat Warna

Bila anda mengambil servis kami.

Cat Luar Dalam

Upah sahaja atau pakej sekali cat.

Cat Pintu Dan Bingkai

Semua pintu kayu dan frame.

Cat Grill Besi

Pagar besi rumah dan pagar tingkap.

Cat Siling

Untuk semua siling rumah.

Percuma Sebut Harga

Untuk warga Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja.

Servis Mengecat Kami Untuk

  • Rumah kediaman.
  • Semua bilik.
  • Premis perniagaan.
  • Restoran atau cafe.
  • Tadika dan sekolah.
0
Tahun Mula
0
Percuma Sebut Harga
0
Projek Siap
0
Follow Facebook

Nak Cat Rumah Tapi Tak Tau Berapa Kos?

Lihat senarai harga terbaru 2025 supaya mudah anda merancang. Tekan untuk lihat sekarang!

Showing posts with label Primer. Show all posts
Showing posts with label Primer. Show all posts
  • Cat Warna Cerah Di Atas Dinding Gelap

    primer dinding gelap


    Dinding rumah I berwarna gelap. I cadang nak tukar cat warna cerah...mungkin putih kot. Possible tak? Dan berapa lapis I perlu cat ye, supaya hasilnya cantik?

    Bagi korang yang dah biasa mengecat atau pernah tengok orang mengecat, mesti dah tau dan tak akan tanya soalan ini.

    Tapi sebenarnya soalan ini banyak ditanya oleh pelanggan kitorang. Bukan semua ada peluang dan pengalaman cat rumah sendiri.

    Bila tak pernah buat, mestilah kita tidak tahu.

    Jadi kitorang harap sedikit perkongsian pengalaman ini dapat membantu menjawab soalan diorang.

    Penting kena ingat, jumlah cat untuk menutup warna gelap dengan warna cerah akan makan cat yang lebih banyak.

    Dengan sendirinya akan lebih banyak masa dan tenaga korang perlukan.

    Ada beberapa step yang perlu korang buat sebelum mula.

    Pastikan Dinding Bersih.

    Bersihkan dulu dinding dari sebarang habuk dan sesawang. Boleh juga gunakan kain yang dilembabkan supaya lebih senang kerja. Ini untuk mengelak korang daripada tercat debu dan habuk kotoran.

    Tampal Rekahan Atau Lubang Paku.

    Buat yang ini dulu sebelum korang mula mengecat. Tambah lagi kalau korang guna cat yang jenis glossy.

    Pastikan dinding yang telah ditampal digosok pula dengan kertas pasir supaya dinding nampak licin dan mulus.

    primer cat dinding


    Buat Lapisan Primer.

    Ini step yang sangat penting dan sangat membantu.

    Mengecat terus warna cerah di atas dinding warna gelap tanpa menyapu primer lebih dulu akan memakan banyak cat sehingga ke enam lapisan atau lebih.

    Buat dua lapisan nipis primer di atas dinding gelap, dan korang sudah boleh mengecat warna cerah ke atasnya sebanyak paling kurang dua lapisan.

    Selain menjimatkan cat, primer membantu untuk mengekalkan keaslian warna cat cerah itu.

    Bestkan?

    Tanpa primer warna cerah yang korang cat akan dibayangi warna asal dinding gelap. Sifat warna akan berubah dan hasilnya juga tak cantik.

    Ada banyak primer untuk korang pilih. Belilah primer yang berkualiti supaya dapat hasil yang baik.

    Lapisan Kemasan Cat Cerah.

    Korang dah habis sapu primer, tunggu hingga kering dulu.

    Sekarang boleh mula sapu cat warna cerah ke atas dinding gelap yang dah di lapis primer dengan menggunakan roller. Kalau korang tidak pasti tentang saiz roller yang sesuai, korang boleh lihat di sini.

    Supaya lebih cantik korang boleh buat dua lapisan lagi cat cerah di atas dinding itu. Pastikan dulu lapisan pertama kering baru masuk lapis kedua.

    Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang berapa jumlah lapisan cat nak kena buat supaya dinding nampak cantik, lihat di sini.

     Tips
    Semasa buat lapisan primer, cuba sapu secara sekata pada lapisan kedua. Cat dengan rata pada peringkat ini.

    Apabila sapuan primer sekata, sapuan cat cerah ke atasnya jadi lebih mudah dikendalikan.

    Senangkan?.

    Korang boleh cuba dan lihat sendiri.
  • Berapa Lapis Cat Diperlukan Untuk Dinding Rumah?



    Berapa lapis cat yang diperlukan untuk cat dinding rumah? Ini soalan penting dan hampir pasti ditanya tuan rumah setiap kali kami dipanggil untuk mengecat rumah mereka. 

     Dan jawapannya? 

     Sebenarnya tidak ada jawapan yang khusus. Setiap projek, warna dan permukaan dinding agak berbeza dan keperluannya juga tidak sama. Soal berapa lapis bergantung pada banyak faktor. 

     Supaya lebih jelas jom kita lihat lebih dekat.


    Cat Warna Sama Atau Seakan.

    Anda cuma nak refresh warna asal? Untuk ini satu lapis sudah memadai untuk membuatkan dinding anda nampak seperti baru semula.


    Cat Warna Lain.

    Jawapan mudah, anda perlu cat lebih dari satu lapisan. Sudah tentu ia bergantung pada warna asal dinding dan warna baru yang ingin digunakan. 

    Anda nak cat warna gelap di atas warna asal yang cerah? Dua lapis cat dah cukup. Sebabnya? Warna gelap mudah sangat nak tutup warna cerah. Kerja agak mudah dan ringkas. Tapi ada juga sesetengah warna gelap yang perlu beberapa lapisan lebih banyak untuk nampak smooth dan sekata. 

     Lain pula ceritanya kalau anda nak cat warna cerah atas warna gelap. Untuk mendapatkan hasil yang cantik dan sekata, lapisan cat yang diperlukan boleh pergi sehingga ke enam lapis.

    cat warna cerah atas warna gelap

    Kalau nak mudah kerja, anda boleh pakai primer untuk tutup warna asal yang gelap itu. Buat sapuan nipis primer satu atau dua, tunggu hingga kering. Kemudian barulah masuk warna cerah pilihan anda. Anda akan dapat lihat kesan cat yang smooth dan sekata. Kalau tak percaya cubalah.

    Tips 
    Bergantung pada apa warna yang dipilih, anda boleh gunakan primer yang seakan atau mirip dengan warna cat. Boleh juga masukkan sedikit warna cat ke dalam primer supaya ia jadi seakan. Ini sangat menjimatkan masa anda mengecat nanti. Ketahui lebih lanjut tentang primer di sini.
  • Perbezaan Primer, Sealer Dan Undercoat


    Ada beza ke di antara primer, sealer dan undercoat?

    Jawapannya ya. Ada bezanya.

    Yang tidak berbeza ialah semua bahan ini digunakan pada lapisan awal sebelum warna sebenar disapu.

    Jom kita lihat kegunaannya supaya lebih jelas.

    Primer.

    Primer disapu pada permukaan dinding baru yang belum bercat. Penggunaan primer adalah untuk memberi lapisan yang kemas pada permukaan.

    Primer berfungsi untuk:

    • Menutup kesan-kesan kotoran dinding.
    • Mengurangkan kesan kecil tidak rata pada permukaan.
    • Menghalang kelembapan menembusi permukaan cat.
    • Mencegah cat dari meresap ke dalam dinding.

    Ada jenis primer yang mengandungi bahan penghalang kulat dan fungus dari merebak dan keluar tompok putih pada dinding.

    Sealer.

    Sealer boleh diguna sebagai pengganti primer. Atau disapu sebelum primer pada dinding asal yang belum dicat. Tujuan utama sealer untuk memberi lapisan perlindungan dan perisai di antara dinding asal dengan lapisan cat.

    Kebaikan utama sealer ia boleh membaik pulih permukaan dinding lama yang sedikit sukar dicat. Kalau anda nak cat dinding yang agak poros, pakailah sealer supaya kerja jadi senang.

    Sealer boleh memberi perlindungan supaya kemasan cat akhir jadi tahan lebih lama.


    Undercoat.

    Undercoat disapu selepas primer. Ia diguna untuk menutup kesan kecil ketidaksempurnaan pada dinding.

    Undercoat juga diperlukan bagi menutup warna asal dinding jika ingin menukar warna. Lebih diperlukan jika dinding yang gelap ingin ditukar pada cat lebih cerah. Ini penting supaya warna yang ingin dicat tidak berubah tonanya.

    Tips : kalau permukaan baru, guna primer atau sealer. Kalau dinding dah pernah bercat, guna undercoat.


    Share Post Ini Dengan Kawan?