Nak Cat Rumah Tapi Tak Tau Berapa Kos?

Lihat senarai harga terbaru 2021 untuk kos cat rumah anda. Klik untuk lihat sekarang!

  • Berapa Lapis Cat Diperlukan Untuk Dinding Rumah?



    Berapa lapis cat yang diperlukan untuk cat dinding rumah? Ini soalan penting dan hampir pasti ditanya tuan rumah setiap kali kami dipanggil untuk mengecat rumah mereka. 

     Dan jawapannya? 

     Sebenarnya tidak ada jawapan yang khusus. Setiap projek, warna dan permukaan dinding agak berbeza dan keperluannya juga tidak sama. Soal berapa lapis bergantung pada banyak faktor. 

     Supaya lebih jelas jom kita lihat lebih dekat.


    Cat Warna Sama Atau Seakan.

    Anda cuma nak refresh warna asal? Untuk ini satu lapis sudah memadai untuk membuatkan dinding anda nampak seperti baru semula.


    Cat Warna Lain.

    Jawapan mudah, anda perlu cat lebih dari satu lapisan. Sudah tentu ia bergantung pada warna asal dinding dan warna baru yang ingin digunakan. 

    Anda nak cat warna gelap di atas warna asal yang cerah? Dua lapis cat dah cukup. Sebabnya? Warna gelap mudah sangat nak tutup warna cerah. Kerja agak mudah dan ringkas. Tapi ada juga sesetengah warna gelap yang perlu beberapa lapisan lebih banyak untuk nampak smooth dan sekata. 

     Lain pula ceritanya kalau anda nak cat warna cerah atas warna gelap. Untuk mendapatkan hasil yang cantik dan sekata, lapisan cat yang diperlukan boleh pergi sehingga ke enam lapis.

    cat warna cerah atas warna gelap

    Kalau nak mudah kerja, anda boleh pakai primer untuk tutup warna asal yang gelap itu. Buat sapuan nipis primer satu atau dua, tunggu hingga kering. Kemudian barulah masuk warna cerah pilihan anda. Anda akan dapat lihat kesan cat yang smooth dan sekata. Kalau tak percaya cubalah.

    Tips. 
    Bergantung pada apa warna yang dipilih, anda boleh gunakan primer yang seakan atau mirip dengan warna cat. Boleh juga masukkan sedikit warna cat ke dalam primer supaya ia jadi seakan. Ini sangat menjimatkan masa anda mengecat nanti. Ketahui lebih lanjut tentang primer di sini.