Nak Cat Rumah Tapi Tak Tau Berapa Kos?

Lihat senarai harga terbaru 2024 untuk kos cat rumah anda. Klik untuk lihat sekarang!

  • Cat Warna Gelap Di Bilik Yang Kecil?


    Kalau nak cat dinding bilik yang kecil, nasihat yang biasa kita dengar ialah apa?

    Cat putih.

    Cat semua dinding dengan warna putih supaya nampak terang dan ruang sempit terasa lebih luas. Betul ke? Cat putih adalah warna cerah yang memang mampu untuk menampakkan bilik kecil lebih besar. Jadi di situ ada logiknya.

    Tapi kami ada sikit pengalaman. Mengecat rumah pelanggan yang memilih warna-warna gelap untuk dinding rumah mereka, kami mula belajar sesuatu. Warna-warna gelap juga sebenarnya ada kelebihan yang jarang disedari bila dicat pada bilik yang kecil.

    Macam mana tu?


    Ya memang betul cat putih ni warna yang mudah dipadankan dan agak versatile. Walaupun ia membuatkan ruang nampak lebih luas, tapi ada masanya anda ingin bermain dengan warna lebih kreatif.

    Cahaya luar yang masuk ke dalam bilik dan berinteraksi dengan warna putih agak statik. Tidak banyak kesan perubahan tona warna dihasilkan sebab ia membalikkan cahaya dan nampak terang begitu.

    Ini sangat berbeza dengan tona warna gelap yang mampu buat suasana jadi lebih dramatik. Perasan tak setiap kali jumlah cahaya masuk berubah di dalam bilik, begitulah juga dengan tona warna gelap dinding anda. Sehingga anda boleh lihat terhasil kesan tona berbeza dari warna hitam dinding anda.

    Kebiasaan orang cat dinding putih di dalam bilik kecil mungkin supaya bilik nampak lebih besar. Tapi yang sebenarnya warna gelap juga boleh melakukan perkara yang sama. Cuma caranya lain sikit.

    Warna gelap kurang menerima tindak balas dari cahaya. Dan kerana kurangnya interaksi, ini membuat saiz bilik tidak begitu menyerlah.

    Dengan sifatnya yang menyerap cahaya, dinding warna gelap nampak tidak menonjol. Dan kerana itu ia mencipta ilusi optik seakan-akan bilik lebih besar berbanding sepatutnya.

    Anda nampak di situ?


    So bila nanti anda merenung bilik anda yang putih melepak, jangan tunggu lagi. Sapulah warna gelap kesukaan anda tanpa ragu-ragu lagi.

    Berani tak cuba warna gelap untuk bilik anda? - Azrul


    Share Post Ini Dengan Kawan?