Nak Cat Rumah Tapi Tak Tau Berapa Kos?

Lihat senarai harga terbaru 2024 supaya mudah anda merancang. Tekan untuk lihat sekarang!

  • Cara Mengecat Siling Rumah

    cara mengecat siling rumah
    Anda merancang nak cat dinding rumah? Kenapa tidak cat siling sekali? Siling rumah anda cat  mungkin masih nampak okay. Tapi sebaik anda selesai mengecat dinding, siling akan mula nampak kusam dan lama. Satu lapisan cat baru boleh merubah keadaan ini.

    Mengecat siling agak jimat masa berbanding mengecat dinding. Cuma ia memerlukan lebih sikit tenaga. Nak cat siling secara mudah dan teratur? Ikut langkah di bawah.

    Sebelum Anda Mula.

    Jika anda merancang nak cat dinding, mulakan dengan siling dulu. Kalau ada cat yang menitik atau terpercik ke dinding, ia mudah disapu nanti. Kalau anda cuma nak cat siling aje, hati-hati supaya tak menitik ke lantai. Kalau menitik juga, cepat-cepat sapu sebelum ia kering.

    Langkah 1 - Alas Perabut Dan Lantai Anda.

    Alas dan keluarkan perabut dari kawasan yang nak di cat lebih dulu. Ini supaya perabut anda bebas dari kesan tompokan cat. Anda pun lebih bebas untuk bergerak dan mengecat. Bila selesai mengalas semua perabut, alas pula lantai dengan plastik atau kain terpakai. Kalau kain terpakai tak cukup besar, tutup aje dulu di kawasan yang anda sedang bekerja.

    Langkah 2 - Pasang Tape.

    Tujuan lekatkan tape supaya pemisahan siling dan dinding nampak serata dan lurus. Ia juga menghalang cat dari terkena dinding. Pasang tape ini di sekeliling tepi dinding yang bertemu dengan siling. Kalau siling rumah anda jenis plaster dan ada bingkai, lekatkan tape pada bingkainya juga. Pastikan tape bebas dari kesan minyak atau gelembung. Cuba lekat dan tampal selurus yang boleh.

    .

    Langkah 3 - Cat Bucu Dan Tepi.

    Ini adalah langkah mengecat tepi atas dan bucu antara dinding dan siling. Roller tak dapat sampai ke bahagian ini. Anda kena pakai berus cat. Bila selesai pasang tape, anda dah boleh mula cat bahagian ini. Berhati-hati panjat tangga. Pakai berus cat saiz 2 inci besar. Cat di keseluruhan tepi.

    Langkah 4 - Mengecat Permukaan Siling.

    Tuang cat ke dalam bekas roller. Pasang kayu panjang pada roller anda. Celupkan roller anda ke dalam bekas cat secara perlahan. Pastikan semua bahagian roller span anda dilitupi cat. Hati-hati supaya cat tidak meleleh. Bila cat siling pakai roller, cat secara zigzag. Lakukan secara berulang dalam kawasan 3-4 kaki persegi. Kemudian bilas semula dengan cat secara lurus. Ini adalah supaya cat nampak selari dan tidak meninggalkan kesan garis.

    Teruskan mengecat sehingga semua permukaan siling dicat keseluruhan. Jika anda terus mengecat dalam keadaan cat yang masih basah, kesan dari sapuan cat tidak nampak ketara. Bila cat di siling dah mula kering, sapu lapisan kedua cat.

    Langkah 5 - Pembersihan.

    Anda dah selesai mengecat. Bila cat dah kering, perlahan-lahan tanggalkan tape pada dinding dan siling. Basuh berus, roller dan bekas cat. Cat air boleh basuh guna sabun dan air biasa.

    Senangkan?

    Sekarang anda dah tahu tentang persediaan mengecat siling. Macamana pula dengan cat? Apa cat yang sesuai untuk siling?

    Anda boleh lihat pilihan cat yang sesuai untuk siling di sini.
    Cat Apa Yang Sesuai Untuk Siling?