010 381 2200

Servis Cat Rumah Area Selangor Dan Kuala Lumpur

Intro


Tukang cat dinding adalah servis yang ditawarkan oleh iDraw Studio (002115455-T) syarikat bumiputera yang berdaftar sejak 2012.
Dengan stor simpanan barang di rawang, servis cat bermula pada tahun 2017.

Me

Lokasi


Servis cat kami untuk seluruh area selangor, wilayah persekutuan kuala lumpur dan putrajaya.


Selangor 39%
Kuala Lumpur 46%
Putrajaya 11%
Lain-lain 4%

Kenapa Pilih Kami?

  • Upah yang berpatutan.
  • Hasil kerja yang teliti.
  • Berpengalaman luas.
  • Kami bekerja cepat.
  • Waktu kerja yang fleksibel.
  • Kebersihan rumah dijaga.
  • Harga boleh dirunding.

Percuma Nasihat Warna

Bila anda mengambil servis kami.

Cat Luar Dalam

Upah sahaja atau pakej sekali cat.

Cat Pintu Dan Bingkai

Semua pintu kayu dan frame.

Cat Grill Besi

Pagar besi rumah dan pagar tingkap.

Cat Siling

Untuk semua siling rumah.

Percuma Sebut Harga

Untuk warga Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja.

Servis Mengecat Kami Untuk

  • Rumah kediaman.
  • Semua bilik.
  • Premis perniagaan.
  • Restoran atau cafe.
  • Tadika dan sekolah.
0
Tahun Mula
0
Percuma Sebut Harga
0
Projek Siap
0
Follow Facebook

Nak Cat Rumah Tapi Tak Tau Berapa Kos?

Lihat senarai harga terbaru 2025 supaya mudah anda merancang. Tekan untuk lihat sekarang!

  • Mengecat Bilik Tidur

    Mengecat Bilik Tidur


    Warna asal bilik ini adalah putih keseluruhannya. Satu bahagian dinding di kepala katil diberi sentuhan baru dengan warna gray lembut kemasan matt (cat tidak kilat) yang semakin popular sekarang ini.

    Cat yang dipilih adalah dari jenama Colourland buatan Malaysia.




    Penggunaan cat memadai dengan 1 liter untuk dinding yang berkeluasan lebih kurang 9.5 x 9 kaki persegi ini.


    Kombinasi warna gray lembut dengan putih sememangnya amat padan dan mampu menyerlahkan keluasan bilik.


    Cantik tak?

    Brand - Colourland
    Kategori - Easy Care (Acrylic Wall Finish)
    Kod warna - Neutral Gray 3594-P
    1 liter.

    Anda nak kami catkan untuk anda? Klik untuk whatsapp kami sekarang!




    Share Post Ini Dengan Kawan?
  • Warna Sesuai Untuk Cat Dinding Rumah

    Warna Sesuai Untuk Cat Dinding Rumah


    Tak ada idea nak cat warna apa untuk dinding rumah anda?

    Warna dinding ni penting sangat sebab ia mempengaruhi penampilan dan mood bilik. Ramai yang buat silap dengan pilih warna yang mereka suka, tapi bila dah cat tak berkenan pulak.

    Sebab apa?

    Sebab mereka tak cuba visualisekan dulu final result macamana. Semuanya main agak-agak jer. Sebab kombinasi yang salah, keseluruhan ruang nampak bercelaru.

    Anda kena ada gambaran jelas macamana rupa warna dinding ni bila dah siap dicat. Kombinasi warna kena betul sebelum anda mula mengecat lagi. Barulah tak rugi.

    Di sini kami paparkan contoh pilihan warna yang mungkin boleh beri anda idea sebelum anda pergi beli cat. Warna-warna ini dipilih dari jenama Jotun cat interior Majestic.

    Kami bagi sekali nama dan kod warna cat supaya mudah kalau anda nak cari di kedai nanti. Mana tau ia mungkin sesuai dengan dinding dan citarasa anda?

    Putih.


    Anda tak mungkin silap dengan memilih warna putih. Putih buat ruang nampak lebih luas. Mudah pulak nak dipadankan dengan kesemua warna dan perabut lainnya.

    Lihat bagaimana warna putih boleh membuatkan ruang bilik nampak lebih luas di sini.

    Nama warna : Chi (kod 7236) Jotun Majestic Interior Color.

    Kuning Barli.


    Kuning lembut buat ruang rumah anda nampak segar. Ni warna neutral dan mudah untuk disesuaikan. Kalau anda pakai perabut kayu, warna ni memang mudah nak bangkitkan seri perabut kayu anda.

    Nama warna : Pure Barley (kod 1334) Jotun Majestic Interior Color.

    Biru Turquoise.


    Turquoise memberi semangat dan kesegaran pada ruang. Anda kena teliti nak sesuaikan warna ini dengan perabutan rumah. Padankan dengan bijak warna ini dengan warna dinding yang lain.

    Tak semestinya anda gabungkan warna turquoise dengan set warna biru lain semata-mata. Cuba padankan dengan warna-warna pop. Atau padankan saja dengan putih, mesti cantik.

    Nama warna : Imperial Jade (kod 6032) Jotun Majestic Interior Color.

    Pink Lembut.


    Pink ni warna jiwang. Warna yang agak feminin dan beri kesan romantis kepada pemiliknya. Sesuai sangat untuk rumah pasangan baru berkahwin. Nampak mewah bila dipadankan dengan putih.

    Nama warna : English Rose (kod 3183) Jotun Majestic Interior Color.

    Biru Deco.


    Warna ini ada peminatnya tersendiri. Kena pandai main pencahayaan. Jika cukup pencahayaan dan kena dengan perabut, biru ini sangatlah memberi kesan elegant dan dramatik.

    Nama warna : Deco Blue (kod 4477) Jotun Majestic Interior Color.

    Hijau Lembut.


    Hijau ini memerlukan pencahayaan yang baik. Elakkan cat dinding anda warna ini jika rumah anda tak banyak tingkap atau anda gemar pencahayaan yang samar. Hijau ini menambah ketenangan.

    Nampak kasual jika dipadankan dengan warna putih, gray atau hijau yang lebih tua.

    Nama warna : Clover Lane (kod 8323) Jotun Majestic Interior Color.

    Biru Lembut.


    Warna ini nampak tenang sekali. Ia menampakkan kesan jauh saujana mata memandang. Perlu bijak menyesuaikan dengan pilihan warna lain, kalau tak pasti ke laut.

    Putih masih kombinasi warna yang baik untuk biru ini. Anda akan dapat suasana yang sejuk dan sungguh mendamaikan.

    Nama warna : Eternal Blue (kod 4108) Jotun Majestic Interior Color.

    Medium Gray.


    Semakin ramai yang guna warna siri gray untuk menonjolkan bahagian tertentu ruang. Ramai beranggapan warna ini tak sesuai jika dicat pada bilik yang sempit. Tapi sebenarnya warna ini mencipta 'space' jika anda bijak mengolahnya.

    Pencahayaan kena cukup kalau nak pakai warna ini.

    Nama warna : Evening Light (kod 4618) Jotun Majestic Interior Color.

    Sefia Klasik.


    Anda sukakan sesuatu yang lebih klasik? Warna sefia ini mungkin sesuai untuk anda. Warna cokelat gelap dan agak kemerahan ini membangkitkan kesan hangat pada yang berjiwa romantis. Akan menambah seri permukaan dinding jika digantungkan bingkai gambar atau lukisan. Bingkai berwarna cerah akan menimbulkan kontras yang baik.

    Nak nampak lebih klasik dan dramatik, bubuh bingkai hitam gelap.

    Nama warna : Evening Sky (kod 1462) Jotun Majestic Interior Color.

    Anda cuma perlu ingat, warna seperti kuning dan pink adalah warna yang mudah membangkitkan.

    Sementara warna yang lebih sejuk seperti biru dan hijau memberi rasa selesa dan tenang. Putih dan gray membuat anda lebih santai.

    Anda rasa teruja untuk cat dinding sekarang? Tapi tak ada masa? Nak kami catkan rumah anda? Klik 0103812200 untuk whatsapp sekarang.


    Share Post Ini Dengan Kawan?
  • Cara Memilih Roller Cat

    Cara Memilih Roller Cat

    Apa yang penting untuk tahu tentang roller?
    Tahu untuk memilih roller cat yang sesuai akan jimatkan banyak masa anda.
    Memilih roller cat yang betul sangat bergantung pada jenis kerja yang anda nak buat.

    Roller cat datang dengan pelbagai saiz dan direka untuk sesuai dengan pelbagai permukaan.
    Jadi macamana nak pilih? Pilihlah saiz roller yang sesuai dengan keluasan permukaan yang anda nak cat.



    Roller cat ada pelbagai saiz dari sekecil-kecil hingga ke 12 inci dan lebih besar.

    Mini saiz roller sesuai untuk kerja kecil seperti mengecat pintu dan sebagainya.
    Untuk mengecat siling atau dinding pilihlah roller bersaiz 9 inci. Lebih besar saiz roller lebih cepat dan mudah kerja anda.

    Bila memilih saiz roller tengok juga jenis span. Span roller dibuat dari bahan sintetik fiber semulajadi. Ada pelbagai saiz dengan kepanjangan yang berbeza. Padankan saiz dengan keluasan ruang yang anda nak cat.


    Secara amnya,lebih panjang lebar span roller, lebih banyak cat yang dapat diserap.
    Lihat senarai saiz di bawah sebagai garis panduan.


    • 1/4 inci - untuk permukaan lembut dan licin seperti dinding, siling, pintu kayu dan bingkai pintu.
    • 3/8 inci - untuk permukaan lembut dan permukaan bertexture lembut.
    • 1/2 inci - untuk kebanyakan dinding dan permukaan separuh kasar seperti simen berplaster dan konkrit.
    • 3/4 inci - untuk permukaan kasar dan dinding bergerutu, dinding bertexture, simen berplaster dan konkrit.
    • 3/8 inci - untuk mengecat seluruh permukaan secara kasar.


    Masih tidak pasti saiz yang mana nak pilih? Kalau masih ragu-ragu tanyalah pada penjual di kedai hardware rumah anda.


    Share Post Ini Dengan Kawan?
  • Lima Tip Mudah Mengecat Dinding

    Lima Tip Mudah Mengecat Dinding


    Celup roller ke dalam bekas cat dan sapu ke dinding. Mudahkan? Memang mudah!
    Nak mudah lagi? Nak kerja lebih cepat? Tip di bawah mungkin boleh membantu.

    Mahirkan Dengan Penggunaan Roller.

    Pakai roller pun kena ada teknik yang betul supaya kerja jadi cepat.
    Semasa celupkan roller di dalam bekas cat, pastikan keseluruhan span roller dipenuhi cat.
    Ini dapat mengelakkan kesan sapuan cat pada dinding malah kerja jadi lebih lancar dan tidak memenatkan.
    Bila roller dilitupi cat yang cukup, hasil sapuan jadi kemas dan serata.

    Gunakan Baldi Cat.


    Jika anda mengecat ruang yang besar dan memerlukan cat yang banyak, anda memang perlukan baldi cat.
    Daripada mencurah cat ke dalam 'roller tray',anda boleh terus menuang seluruh cat ke dalam baldi berukuran 5 gallon. Kalau boleh beli sekali pembilas roller supaya kerja lebih senang.
    Ia lebih mudah dan jimat masa dengan cara ini.


    Anda masih boleh pakai 'roller tray' kalau sekadar mengecat ruang yang kecil seperti bilik air.
    Tapi untuk ruang yang besar dan penggunaan cat sekitar 5 liter ke atas lebih baik gunakan baldi.

    Pasang Kayu Penyambung Pada Roller.

    Sambungkan kayu penyambung pada pemegang roller anda. Kayu penyambung ada berbagai saiz dan panjang yang berbeza.
    Saiz 24 inci agak selesa digunakan. Kalau anda mahukan yang lebih panjang atau lebih pendek, belilah di hardware berdekatan rumah anda.

    Beli Berus Yang Berkualiti.

    Banyak berus yang murah senang didapati di pasaran. Ia boleh dipakai kalau anda nak jimatkan kos.
    Tapi berus yang berkualiti hayatnya lebih lama. Dan yang lebih penting kualiti cat anda nampak jauh lebih baik dengan berus yang mahal ini.
    Anda pasti dapat rasakan perbezaan yang sangat ketara dengan menggunakan berus ini berbanding dengan berus yang murah bukan?
    Selesai mengecat, paastikan anda cuci betul-betul.Kemudian bungkus dengan plastik atau kain terpakai.
    Ini dapat memanjangkan hayat berus.
    Berus yang mahal sangat membantu dari segi penggunaan dan hasil. Kalau anda dah mahir dengan seni mengecat, anda tak perlu lagi pakai masking tape.
    Menggunakan berus yang berkualiti tinggi, mudah untuk buat garisan lurus dan mengecat tepi.
    Jadi jimat masa anda tak payah nak pakai masking dan beli tape.

    Untuk mencapai hasil terbaik, anda mesti beli bahan yang terbaik juga.
    Cat yang mahal dan berkualiti, beserta berus dan roller yang baik memberi kesan sempurna dan pengalaman yang berbeza. Dan tidak akan pernah sama berbanding jika anda menggunakan cat murah, berus dan roller yang murah.


    Share Post Ini Dengan Kawan?
  • Cat Warna Apa Menampakkan Ruang Lebih Luas?

    Cat Warna Apa Menampakkan Ruang Lebih Luas?

    warna nampak luas
    Anda mempunyai ruang rumah yang terhad?
    Pening memikirkan macamana nak bagi ruang nampak lebih luas?
    Jangan risau, berita baiknya..kami ada jawapan!
    Cara paling mudah untuk buat ruang sempit nampak luas adalah dengan memilih 'warna cat yang sesuai'.

    Teruskan membaca kalau anda berminat nak tahu.

    Warna Putih.


    Designer yang bijak sering memanafaatkan warna putih untuk memenuhi ruang kecil supaya nampak lapang.
    Putih memantulkan cahaya dan memberi kesan lebih terang dan terbuka pada bilik. Warna putih juga memudahkan pemilik rumah menyesuaikan hiasan rumah dengan warna kegemaran tanpa apa-apa batasan kerana sifatnya yang neutral.
    Anda tidak akan pernah salah dengan pilihan warna putih.

    Warna Kuning.

    Putih bukanlah satu-satunya warna yang membalikkan cahaya. Pilihan warna kuning juga mampu membuat ruang nampak lebih ceria dan luas. Malah, warna kuning lembut sebenarnya alternatif terbaik bagi cat putih.
    Cuma elakkanlah daripada memilih warna kuning yang terlampau terang.
    Kombinasi warna kuning dan putih boleh menambah seri pada ruang. Mungkin dinding dicat kuning lembut dan bingkai pintu pula dicat putih?
    Selagi anda memilih warna kuning yang lembut, seperti warna pisang misalnya, anda pasti tidak akan tersasar.

    Warna Biru Lembut Dan Hijau.


    Biru dan hijau mampu menyerlahkan ruang dan keluasan. Otak kita membaca warna sejuk ini sebagai 'sayup'atau 'kejauhan'. Ini memberi kesan ilusi saujana mata memandang bak kata orang.
    Pilihlah warna biru atau hijau yang lembut dan tidak terlalu aktif untuk warna dinding.
    Mengecat bingkai tingkap dan bingkai siling dengan cat putih memberi kombinasi warna yang kontras dan sedikit meriah.



    Warna Gray.


    Jika putih bukan pilihan anda tapi anda masih inginkan warna neutral, anda boleh memilih warna gray atau kelabu.
    Warna gray menampakkan kesan elit . Pilihlah dari jenis yang lembut dan tidak terlalu gelap.
    Seperti kuning dan putih, ia memantulkan cahaya dan memberi kesan luas. Namun tidak seperti putih, ia tidak menyilaukan pandangan.

    Warna Monochromatik.

    Apakah itu warna monochromatik?
    Ia bermaksud anda pilih satu warna.Dan dari pada satu warna ini dikembangkan lagi menjadi tona berbeza hasil dari pencahayaan atau peratusan kekuatan warna itu sendiri. Jadi kesemuanya nampak seakan-akan dan 'blend'. Tidak ada yang 'jumping'.

    Sekiranya anda pilih warna cerah dan lembut (seperti putih, gray atau kuning) cubalah warna gaya monochromatik untuk ruang rumah anda.
    Pilih rug, perabut dan hiasan lain yang seakan-akan warna, yang tidak lari dari warna asas pilihan anda.
    Ini akan mencipta kesan minimalist, nampak bersih dan membuat ruang keseluruhan nampak jauh lebih luas.

    Dan itulah matlamat sebenar anda kan?


    Share Post Ini Dengan Kawan?
  • Thinner Untuk Melembutkan Cat Minyak

    Thinner Untuk Melembutkan Cat Minyak

    Cat akan mula mengeras jika terdedah lama pada udara. Tapi ini tak bermakna anda perlu membuangnya dan beli yang baru. Kenapa nak membazir kalau masih boleh digunakan?

    Di sinilah peranan thinner untuk mengekalkan kelikatan cat supaya mudah dan selesa bila mengecat.

    Langkah 1 - Beli Produk Yang Betul.

    Bagaimanakah thinner diguna dalam cat minyak?

    Thinner adalah bahan pelarut untuk mencairkan cat yang berasaskan minyak. Anda hanya perlu masukkan thinner ke dalam cat dalam jumlah yang sesuai.

    Ada jenis cat memerlukan pencair atau thinner yang tersendiri dan tidak boleh dicampur sembarangan. Pastikan anda dapat produk yang betul bila membeli di hardware.

    Kalau untuk cat biasa, memadai dengan thinner biasa yang boleh dibeli di mana-mana hardware.

    Langkah 2 - Campuran Thinner.

    Tuangkan cat ke dalam bekas. Masukkan thinner sedikit demi sedikit. Pada botol atau tin thinner biasanya ada keterangan label cara untuk guna. Ikutilah panduan itu.
    Tuang secara perlahan, sedikit demi sedikit sehingga anda mencapai konsistensi atau kelikatan yang sesuai.
    Anda sentiasa boleh tambah thinner ini. Tapi kalau dah terlebih, anda dah tak boleh nak kurangkannya lagi.

    Jangan sesekali biarkan penutup thinner terbuka untuk tempoh masa yang lama. Ia akan terbebas ke udara dan jadi lawas.

    Tip : Bila anda perlu menyimpan baki cat minyak yang telah diguna, tuangkan sedikit thinner ke atas permukaan cat sebelum menutup tin cat. Ini boleh melambatkan proses cat dari mengeras.

    Langkah 3 - Kacau Hingga Sebati.

    Gunakan sebarang alat pengacau yang sesuai untuk mengacau cat bila anda menambah thinner. Kacau dengan lembut.
    Perhatikan kelikatannya. Kalau rasa masih terlalu pekat,tambah lagi sampai anda rasa puas hati.
    Untuk menambah lagi keberkesanannya, tuang cat yang telah bercampur thinner ini ke dalam bekas lain dan dituangkan semula ke dalam bekas asal. Ini akan buat cat jadi benar-benar sebati.

    Sekali lagi, tambahkan hanya sedikit demi sedikit untuk mencapai kelikatan yang diingini sehingga anda rasa ok.


    Share Post Ini Dengan Kawan?
  • Masa Sesuai Untuk Menanggalkan Masking Tape Dari Permukaan Cat

    Masa Sesuai Untuk Menanggalkan Masking Tape Dari Permukaan Cat

    masking tape cat rumah
    Masking tape berperanan melindungi kerja mengecat supaya hasil kemasan lebih berkualiti dan nampak pro.

    Ia sangat berkesan untuk melindungi lapisan tepi sempadan dinding dan menahan cat dari meleleh sembarangan. Ia adalah bahan penting diguna semasa proses mengecat.

    Bilakah pula masa yang sesuai untuk menanggalkan masking tape ini?

    Masa Menunggu.

    Bila anda selesai mengecat, biarkan permukaan cat kering dulu sebelum anda tanggalkan masking tape.

    Berapa lama masa menunggu? Ia bergantung pada berapa lama cat anda boleh kering. Tunggulah sekurang-kurangnya sejam.

    Yang lebih baik adalah kalau anda dapat biarkan semalaman dulu barulah ditanggalkan masking tape itu.

    Tapi  kalau anda tunggu terlalu lama, gam dari tali tape boleh melekat di permukaan cat. Ini meninggalkan kesan comot pada permukaan.

    Dan kalau anda terlalu cepat, masking tape boleh membuat sebahagian cat terkopek semasa anda menanggalkannya.

    Jadi bilakah masa terbaik?

    Kalau anda merancang untuk cat lebih dari satu lapisan, tunggu sehingga lapisan terakhir cat kering dulu barulah ditanggalkan.

    Touch Up.

    Sebaiknya cabutlah tali tape secara perlahan-lahan untuk mengelakkan cat dari terkopek.

    Macamana kalau ada cat terkopek semasa tape ditanggalkan?

    Ambil berus halus dan cat semula bahagian yang tertanggal itu dengan cermat.


    Share Post Ini Dengan Kawan?
  • Cara Mengecat Siling Rumah

    Cara Mengecat Siling Rumah

    cara mengecat siling rumah
    Anda merancang nak cat dinding rumah? Kenapa tidak cat siling sekali? Siling rumah anda cat  mungkin masih nampak okay. Tapi sebaik anda selesai mengecat dinding, siling akan mula nampak kusam dan lama. Satu lapisan cat baru boleh merubah keadaan ini.

    Mengecat siling agak jimat masa berbanding mengecat dinding. Cuma ia memerlukan lebih sikit tenaga. Nak cat siling secara mudah dan teratur? Ikut langkah di bawah.

    Sebelum Anda Mula.

    Jika anda merancang nak cat dinding, mulakan dengan siling dulu. Kalau ada cat yang menitik atau terpercik ke dinding, ia mudah disapu nanti. Kalau anda cuma nak cat siling aje, hati-hati supaya tak menitik ke lantai. Kalau menitik juga, cepat-cepat sapu sebelum ia kering.

    Langkah 1 - Alas Perabut Dan Lantai Anda.

    Alas dan keluarkan perabut dari kawasan yang nak di cat lebih dulu. Ini supaya perabut anda bebas dari kesan tompokan cat. Anda pun lebih bebas untuk bergerak dan mengecat. Bila selesai mengalas semua perabut, alas pula lantai dengan plastik atau kain terpakai. Kalau kain terpakai tak cukup besar, tutup aje dulu di kawasan yang anda sedang bekerja.

    Langkah 2 - Pasang Tape.

    Tujuan lekatkan tape supaya pemisahan siling dan dinding nampak serata dan lurus. Ia juga menghalang cat dari terkena dinding. Pasang tape ini di sekeliling tepi dinding yang bertemu dengan siling. Kalau siling rumah anda jenis plaster dan ada bingkai, lekatkan tape pada bingkainya juga. Pastikan tape bebas dari kesan minyak atau gelembung. Cuba lekat dan tampal selurus yang boleh.

    .

    Langkah 3 - Cat Bucu Dan Tepi.

    Ini adalah langkah mengecat tepi atas dan bucu antara dinding dan siling. Roller tak dapat sampai ke bahagian ini. Anda kena pakai berus cat. Bila selesai pasang tape, anda dah boleh mula cat bahagian ini. Berhati-hati panjat tangga. Pakai berus cat saiz 2 inci besar. Cat di keseluruhan tepi.

    Langkah 4 - Mengecat Permukaan Siling.

    Tuang cat ke dalam bekas roller. Pasang kayu panjang pada roller anda. Celupkan roller anda ke dalam bekas cat secara perlahan. Pastikan semua bahagian roller span anda dilitupi cat. Hati-hati supaya cat tidak meleleh. Bila cat siling pakai roller, cat secara zigzag. Lakukan secara berulang dalam kawasan 3-4 kaki persegi. Kemudian bilas semula dengan cat secara lurus. Ini adalah supaya cat nampak selari dan tidak meninggalkan kesan garis.

    Teruskan mengecat sehingga semua permukaan siling dicat keseluruhan. Jika anda terus mengecat dalam keadaan cat yang masih basah, kesan dari sapuan cat tidak nampak ketara. Bila cat di siling dah mula kering, sapu lapisan kedua cat.

    Langkah 5 - Pembersihan.

    Anda dah selesai mengecat. Bila cat dah kering, perlahan-lahan tanggalkan tape pada dinding dan siling. Basuh berus, roller dan bekas cat. Cat air boleh basuh guna sabun dan air biasa.

    Senangkan?

    Sekarang anda dah tahu tentang persediaan mengecat siling. Macamana pula dengan cat? Apa cat yang sesuai untuk siling?

    Anda boleh lihat pilihan cat yang sesuai untuk siling di sini.
    Cat Apa Yang Sesuai Untuk Siling?

  • 5 Tips Untuk Menyimpan Cat Air

    5 Tips Untuk Menyimpan Cat Air

    5 tips untuk menyimpan cat air
    Latex atau pun cat yang berasaskan air, biasa diguna untuk cat dinding dalaman atau perabut kayu.

    Cat air yang telah dibuka penutupnya boleh berubah keras bila lama tidak digunakan. Anda mungkin perlu mencairkannya dulu sebelum boleh diguna semula.

    Ikut tips di bawah untuk mengelakkan cat dari kering. Lihat cara yang mungkin sesuai untuk mengembalikan kelembutan asal cat.

    1. Jangan Biarkan Penutup Tededah Lama.

    Satu cara paling mudah elakkan cat dari kering ialah dengan menutup tudung tin cat setiap kali anda selesai mencurah cat ke dalam baldi atau bekas roller .

    Meninggalkan tudung cat terbuka di dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan cat mudah kering dan keras.

    Sebaik anda selesai menuang, tutup tudungnya.

    Tip: Curahkan sedikit air ke atas permukaan cat di dalam tin untuk memelihara cat dari mengeras di dalam simpanan.
    Curahkan sedikit air secara perlahan-perlahan ke atas permukaan cat. Kalau anda curah dengan cepat, ia akan bolos ke dalam dan bercampur dengan cat.

    2. Jangan Simpan Cat Terlalu Lama.

    Kalau boleh, cat yang telah diguna jangan disimpan terlalu lama. Semakin lama anda simpan, cat akan semakin mengeras dan berubah sifat.

    Kelembapan dan kekenyalan cat akan berkurang di atas faktor waktu dan persekitaran.

    3. Kacaukan Cat Anda.

    Kalau cat dah mula keras, ada cara yang boleh dilakukan supaya cat boleh dipakai lagi. Jangan bimbang anda tak perlu bekerja keras.

    Bila dibiarkan tersimpan lama, cat air mudah menjadi likat dan mula berkerak di bahagian dasar tin. Sebelum anda cairkan cat, kacau dan terus mengacau. Kacau dan gaul lagi. Lebih lama anda mengacau, semakin lembut sifatnya.

    Anda boleh gunakan gril elektrik jika ada untuk kesan yang lebih cepat.

    Bila mengacau cat, ingatlah bahawa dengan mengacau selama 1 minit atau lebih tidak cukup untuk buat cat anda sebati. Jika anda kacau dengan tangan, teruskan mengacau sehingga 5 atau 10 minit.

    Anda mesti kacau dengan cara ke atas dan ke bawah dan ke kanan ke kiri supaya ia benar-benar sebati. Untuk lebih berkesan, cara  terbaik menggaul cat adalah dengan menuangkannya ke dalam bekas lain dan kemudian dituang semula ke dalam bekas asal.

    Tip: Kalau anda guna lebih dari 1 gallon 'warna campur' (mixed color)  anda perlu melakukan proses tuang ke dalam bekas lain dan tuang semula ke dalam bekas asal ini. Ulangi proses ini sehingga warna cat jadi konsisten. Perlu diingat bahawa 'warna campur' agak berbeza sifatnya
    dari satu warna ke warna lain.

    4. Guna Air Untuk Melembutkan Cat.

    Kalau dah kacau cat tapi masih likat dan pekat, anda boleh tambah air.
    Tambah sikit air dan mula kacau lagi. Teruskan tambah air di dalam jumlah yang sedikit sehingga tahap kelikatan cat yang diingini tercapai.
    Kalau anda tambah air terlalu banyak pada peringkat awal, anda akan perlukan lebih masa untuk menggaul dan mencapai konsisten.
    Ingatlah, tuang sedikit dan kacau. Teruskan proses ini sehingga anda puas hati dengan kelikatannya.

    5.Guna Bahan Pelarut Cat.

    Ada beberapa jenis bahan pelarut untuk cairkan cat air. Bahan ini boleh dibeli di hardware. Ia berkesan untuk mencairkan cat dan menjadikan cat lebih kenyal. Malah kerja mengecat jadi lebih mudah. Ia dapat mengurangkan kesan garisan sapuan cat.
    Walaupun berkesan tapi harganya juga agak mahal.
    Pakai air sebenarnya sudah memadai. Tambah lagi, jika bahan ini sudah dituang kedalam cat, jangka hayat cat sudah tidak bertahan lama.
    Lebih murah dan mudah pakai air biasa saja.

    Kalau anda dah cuba lima cara ini dan tetap tidak berkesan, mungkin sudah sampai masa untuk anda buangkan saja cat itu. Belilah saja cat yang baru, lebih senang.


    Share Post Ini Dengan Kawan?