• Warna Sesuai Untuk Cat Dinding Rumah


    Tak ada idea nak cat warna apa untuk dinding rumah anda?
    Warna dinding ni penting sangat sebab ia mempengaruhi penampilan dan mood bilik.
    Ramai yang buat silap dengan pilih warna yang mereka suka, tapi bila dah cat tak berkenan pulak.
    Sebab apa?
    Mereka tak dapat seperti apa yang mereka idamkan pada awal.

    Sebabnya mereka tak cuba visualisekan dulu ending result macamana. Semuanya main agak-agak jer.
    Kadang-kadang sebab kombinasi yang salah, keseluruhan ruang nampak bercelaru.
    Anda kena ada gambaran yang jelas macamana rupanya warna dinding ni bila dah siap nanti.
    Kombinasi warna kena betul sebelum anda mula mengecat lagi. Barulah tak rugi masa dan tenaga malah wang ringgit juga.

    Cuba lihat contoh-contoh di bawah, sikit sebanyak harap membantu. Kami paparkan contoh pilihan warna yang mungkin boleh beri anda idea sebelum anda pergi beli cat.  Warna-warna yang cerah,pastel,warna sejuk dan warna gelap ini dipilih dari palet warna cat terkemuka jenama Jotun untuk cat dalaman premium dari siri Majestic. Kami sertakan sekali nama dan kod warna cat untuk rujukan anda supaya mudah kalau anda nak cari di kedai nanti.
    Mana tau ia mungkin sesuai dengan dinding dan citarasa anda?

    Putih.


    Anda tak mungkin silap dengan memilih warna putih. Putih boleh buat ruang nampak lebih luas.
    Dinding warna putih memang out standing kalau anda nak pamerkan gambar hiasan dan lukisan dinding.
    Mudah pulak nak dipadankan dengan hampir kesemua warna dan perabut lainnya.

    Nama warna : Chi (kod 7236) Jotun Majestic Interior Color.

    Kuning Barli.


    Kuning lembut buat ruang rumah anda nampak segar. Ni warna neutral dan mudah untuk disesuaikan.
    Kalau anda pakai perabut kayu, warna ni memang mudah nak bangkitkan seri perabut kayu anda.

    Nama warna : Pure Barley (kod 1334) Jotun Majestic Interior Color.

    Biru Turquoise.


    Turquoise memberi semangat dan kesegaran pada ruang. Anda kena teliti nak sesuaikan warna ini dengan perabutan rumah. Padankan dengan bijak warna ini dengan warna dinding yang lain. Tak semestinya anda gabungkan warna turquoise dengan set warna biru lain semata-mata.
    Cuba padankan dengan warna-warna pop. Kalau susah sangat, padankan saja dengan putih, mesti cantik.

    Nama warna : Imperial Jade (kod 6032) Jotun Majestic Interior Color.

    Pink Lembut.


    Pink ni warna jiwang. Warna yang agak feminin dan beri kesan romantis kepada pemiliknya. Sesuai sangat untuk rumah pasangan baru berkahwin. Nak lebih cantik padankan dengan kombinasi putih.

    Nama warna : English Rose (kod 3183) Jotun Majestic Interior Color.

    Biru Deco.


    Warna ini ada peminatnya tersendiri. Kena pandai main pencahayaan.
    Jika cukup pencahayaan dan kena dengan perabut, biru ini sangatlah memberi kesan elegant dan dramatik.

    Nama warna : Deco Blue (kod 4477) Jotun Majestic Interior Color.

    Hijau Lembut.


    Hijau ini memerlukan pencahayaan yang baik. Elakkan cat dinding anda warna ini jika rumah anda tak banyak tingkap atau anda gemar pencahayaan yang samar. Hijau ini menambah ketenangan.
    Nampak kasual jika dipadankan dengan warna putih, gray atau hijau yang lebih tua.

    Nama warna : Clover Lane (kod 8323) Jotun Majestic Interior Color.

    Biru Lembut.


    Warna ini nampak tenang sekali. Ia menampakkan kesan jauh saujana mata memandang seperti anda melihat laut.
    Perlu bijak menyesuaikan dengan pilihan warna lain, kalau tak pasti ke laut. Putih masih kombinasi warna yang baik untuk biru ini. Anda akan dapat suasana yang sejuk dan sungguh mendamaikan.

    Nama warna : Eternal Blue (kod 4108) Jotun Majestic Interior Color.

    Medium Gray.


    Semakin ramai yang guna warna siri gray untuk menonjolkan bahagian tertentu ruang. Ramai beranggapan warna ini tak sesuai jika dicat pada bilik yang sempit.
    Tapi sebenarnya warna ini mencipta 'space' jika anda bijak mengolahnya. Cuma pencahayaan kena cukup kalau nak pakai warna ini.

    Nama warna : Evening Light (kod 4618) Jotun Majestic Interior Color.

    Sefia Klasik.


    Anda sukakan sesuatu yang lebih klasik? Warna sefia ini mungkin sesuai untuk anda. Warna cokelat gelap dan agak kemerahan ini membangkitkan kesan hangat pada yang berjiwa romantis. Akan menambah seri permukaan dinding jika digantungkan bingkai gambar atau lukisan. Bingkai berwarna cerah akan menimbulkan kontras yang baik. Nak nampak lebih klasik dan dramatik, bubuh bingkai hitam gelap.

    Nama warna : Evening Sky (kod 1462) Jotun Majestic Interior Color.

    Anda cuma perlu ingat, warna seperti kuning dan pink adalah warna yang mudah membangkitkan. Sementara warna yang lebih sejuk seperti biru dan hijau memberi rasa selesa dan tenang. Putih dan gray membuat anda lebih santai.

    Anda rasa teruja untuk cat dinding sekarang? Tapi tak ada masa? Nak kami catkan rumah anda? Klik 0132632966 untuk whatsapp sekarang.


    Share Post Ini Dengan Kawan?
  • NAK CAT RUMAH TAPI TAK TAU BERAPA KOS?

    Dapatkan sebut harga percuma untuk kos cat rumah anda. Klik untuk dapatkan sekarang!

    CALL / WHATSAPP

    0132632966