• Thinner Untuk Melembutkan Cat Minyak

    Cat akan mula mengeras jika terdedah lama pada udara. Tapi ini tak bermakna anda perlu membuangnya dan beli yang baru. Kenapa nak membazir kalau masih boleh digunakan?

    Di sinilah peranan thinner untuk mengekalkan kelikatan cat supaya mudah dan selesa bila mengecat.

    Langkah 1 - Beli Produk Yang Betul.

    Bagaimanakah thinner diguna dalam cat minyak?
    Thinner adalah bahan pelarut untuk mencairkan cat yang berasaskan minyak.
    Anda hanya perlu memasukkan thinner ini ke dalam cat pilihan anda dalam jumlah yang sesuai.
    Ada jenis cat memerlukan pencair atau thinner yang tersendiri dan tidak boleh dicampur sembarangan.
    Kalau anda guna cat jenis vinyl, anda mesti pakai thinner untuk vinyl. Pastikan anda dapat produk yang bersesuaian bila membeli di hardware.
    Namun untuk cat biasa, memadai dengan thinner biasa yang boleh dibeli di mana-mana hardware.

    Langkah 2 - Campuran Thinner.

    Tuangkan cat ke dalam bekas. Masukkan thinner sedikit  demi sedikit. Pada botol atau tin thinner biasanya ada keterangan label cara untuk guna. Ikutilah panduan itu.
    Adalah menjadi amalan yang baik jika dituang secara perlahan, sedikit demi sedikit sehingga anda mencapai konsistensi atau kelikatan yang sesuai.
    Anda sentiasa boleh tambah thinner ini. Tapi kalau dah terlebih, anda dah tak boleh nak kurangkannya lagi.

    Jangan sesekali biarkan penutup thinner cat anda terbuka untuk masa yang lama. Ia akan terbebas ke udara.

    Tip : Bila anda perlu menyimpan baki cat minyak yang telah dipakai, tuangkan sedikit thinner ke atas permukaan cat sebelum menutup tin cat. Ini boleh melambatkan proses cat dari mengeras.

    Langkah 3 - Kacau Hingga Sebati.

    Gunakan ranting kayu atau sebarang kayu kecil terpakai untuk mengacau cat bila anda menambah thinner. Kacau dengan lembut.
    Perhatikan kelikatannya. Kalau belum puas hati,tambahkan lagi sehingga anda benar-benar puas hati.
    Untuk menambah lagi keberkesanannya, tuang cat yang telah bercampur thinner ini ke dalam bekas lain dan dituangkan semula ke dalam bekas asal. Ini akan buat cat jadi benar-benar sebati.

    Sekali lagi, tambahkan hanya sedikit demi sedikit untuk mencapai kelikatan yang diingini sehingga anda benar-benar puas hati.


    Share Post Ini Dengan Kawan?
  • NAK CAT RUMAH TAPI TAK TAU BERAPA KOS?

    Dapatkan sebut harga percuma untuk kos cat rumah anda. Klik untuk dapatkan sekarang!

    CALL / WHATSAPP

    0132632966