Nak Cat Rumah Tapi Tak Tau Berapa Kos?

Lihat senarai harga terbaru 2024 untuk kos cat rumah anda. Klik untuk lihat sekarang!

  • Lima Tip Mudah Mengecat Dinding


    Celup roller ke dalam bekas cat dan sapu ke dinding. Mudahkan? Memang mudah!
    Nak mudah lagi? Nak kerja lebih cepat? Tip di bawah mungkin boleh membantu.

    Mahirkan Dengan Penggunaan Roller.

    Pakai roller pun kena ada teknik yang betul supaya kerja jadi cepat.
    Semasa celupkan roller di dalam bekas cat, pastikan keseluruhan span roller dipenuhi cat.
    Ini dapat mengelakkan kesan sapuan cat pada dinding malah kerja jadi lebih lancar dan tidak memenatkan.
    Bila roller dilitupi cat yang cukup, hasil sapuan jadi kemas dan serata.

    Gunakan Baldi Cat.


    Jika anda mengecat ruang yang besar dan memerlukan cat yang banyak, anda memang perlukan baldi cat.
    Daripada mencurah cat ke dalam 'roller tray',anda boleh terus menuang seluruh cat ke dalam baldi berukuran 5 gallon. Kalau boleh beli sekali pembilas roller supaya kerja lebih senang.
    Ia lebih mudah dan jimat masa dengan cara ini.


    Anda masih boleh pakai 'roller tray' kalau sekadar mengecat ruang yang kecil seperti bilik air.
    Tapi untuk ruang yang besar dan penggunaan cat sekitar 5 liter ke atas lebih baik gunakan baldi.

    Pasang Kayu Penyambung Pada Roller.

    Sambungkan kayu penyambung pada pemegang roller anda. Kayu penyambung ada berbagai saiz dan panjang yang berbeza.
    Saiz 24 inci agak selesa digunakan. Kalau anda mahukan yang lebih panjang atau lebih pendek, belilah di hardware berdekatan rumah anda.

    Beli Berus Yang Berkualiti.

    Banyak berus yang murah senang didapati di pasaran. Ia boleh dipakai kalau anda nak jimatkan kos.
    Tapi berus yang berkualiti hayatnya lebih lama. Dan yang lebih penting kualiti cat anda nampak jauh lebih baik dengan berus yang mahal ini.
    Anda pasti dapat rasakan perbezaan yang sangat ketara dengan menggunakan berus ini berbanding dengan berus yang murah bukan?
    Selesai mengecat, paastikan anda cuci betul-betul.Kemudian bungkus dengan plastik atau kain terpakai.
    Ini dapat memanjangkan hayat berus.
    Berus yang mahal sangat membantu dari segi penggunaan dan hasil. Kalau anda dah mahir dengan seni mengecat, anda tak perlu lagi pakai masking tape.
    Menggunakan berus yang berkualiti tinggi, mudah untuk buat garisan lurus dan mengecat tepi.
    Jadi jimat masa anda tak payah nak pakai masking dan beli tape.

    Untuk mencapai hasil terbaik, anda mesti beli bahan yang terbaik juga.
    Cat yang mahal dan berkualiti, beserta berus dan roller yang baik memberi kesan sempurna dan pengalaman yang berbeza. Dan tidak akan pernah sama berbanding jika anda menggunakan cat murah, berus dan roller yang murah.


    Share Post Ini Dengan Kawan?