• Cat Warna Apa Menampakkan Ruang Lebih Luas?

    Anda mempunyai ruang rumah yang terhad?
    Pening memikirkan macamana nak bagi ruang nampak lebih luas?
    Jangan risau, berita baiknya..kami ada jawapan!
    Cara paling mudah untuk buat ruang sempit nampak luas adalah dengan memilih 'warna cat yang sesuai'.

    Teruskan membaca kalau anda berminat nak tahu.

    Warna Putih.


    Designer yang bijak sering memanafaatkan warna putih untuk memenuhi ruang kecil supaya nampak lapang.
    Putih memantulkan cahaya dan memberi kesan lebih terang dan terbuka pada bilik. Warna putih juga memudahkan pemilik rumah menyesuaikan hiasan rumah dengan warna kegemaran tanpa apa-apa batasan kerana sifatnya yang neutral.
    Anda tidak akan pernah salah dengan pilihan warna putih.

    Warna Kuning.

    Putih bukanlah satu-satunya warna yang membalikkan cahaya. Pilihan warna kuning juga mampu membuat ruang nampak lebih ceria dan luas. Malah, warna kuning lembut sebenarnya alternatif terbaik bagi cat putih.
    Cuma elakkanlah daripada memilih warna kuning yang terlampau terang.
    Kombinasi warna kuning dan putih boleh menambah seri pada ruang. Mungkin dinding dicat kuning lembut dan bingkai pintu pula dicat putih?
    Selagi anda memilih warna kuning yang lembut, seperti warna pisang misalnya, anda pasti tidak akan tersasar.

    Warna Biru Lembut Dan Hijau.


    Biru dan hijau mampu menyerlahkan ruang dan keluasan. Otak kita membaca warna sejuk ini sebagai 'sayup'atau 'kejauhan'. Ini memberi kesan ilusi saujana mata memandang bak kata orang.
    Pilihlah warna biru atau hijau yang lembut dan tidak terlalu aktif untuk warna dinding.
    Mengecat bingkai tingkap dan bingkai siling dengan cat putih memberi kombinasi warna yang kontras dan sedikit meriah.



    Warna Gray.


    Jika putih bukan pilihan anda tapi anda masih inginkan warna neutral, anda boleh memilih warna gray atau kelabu.
    Warna gray menampakkan kesan elit . Pilihlah dari jenis yang lembut dan tidak terlalu gelap.
    Seperti kuning dan putih, ia memantulkan cahaya dan memberi kesan luas. Namun tidak seperti putih, ia tidak menyilaukan pandangan.

    Warna Monochromatik.

    Apakah itu warna monochromatik?
    Ia bermaksud anda pilih satu warna.Dan dari pada satu warna ini dikembangkan lagi menjadi tona berbeza hasil dari pencahayaan atau peratusan kekuatan warna itu sendiri. Jadi kesemuanya nampak seakan-akan dan 'blend'. Tidak ada yang 'jumping'.

    Sekiranya anda pilih warna cerah dan lembut (seperti putih, gray atau kuning) cubalah warna gaya monochromatik untuk ruang rumah anda.
    Pilih rug, perabut dan hiasan lain yang seakan-akan warna, yang tidak lari dari warna asas pilihan anda.
    Ini akan mencipta kesan minimalist, nampak bersih dan membuat ruang keseluruhan nampak jauh lebih luas.

    Dan itulah matlamat sebenar anda kan?


    Share Post Ini Dengan Kawan?
  • NAK CAT RUMAH TAPI TAK TAU BERAPA KOS?

    Dapatkan sebut harga percuma untuk kos cat rumah anda. Klik untuk dapatkan sekarang!

    CALL / WHATSAPP

    0132632966