Nak Cat Rumah Tapi Tak Tau Berapa Kos?

Lihat senarai harga terbaru 2024 untuk kos cat rumah anda. Klik untuk lihat sekarang!

  • 5 Tips Untuk Menyimpan Cat Air

    5 tips untuk menyimpan cat air
    Latex atau pun cat yang berasaskan air, biasa diguna untuk cat dinding dalaman atau perabut kayu.

    Cat air yang telah dibuka penutupnya boleh berubah keras bila lama tidak digunakan. Anda mungkin perlu mencairkannya dulu sebelum boleh diguna semula.

    Ikut tips di bawah untuk mengelakkan cat dari kering. Lihat cara yang mungkin sesuai untuk mengembalikan kelembutan asal cat.

    1. Jangan Biarkan Penutup Tededah Lama.

    Satu cara paling mudah elakkan cat dari kering ialah dengan menutup tudung tin cat setiap kali anda selesai mencurah cat ke dalam baldi atau bekas roller .

    Meninggalkan tudung cat terbuka di dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan cat mudah kering dan keras.

    Sebaik anda selesai menuang, tutup tudungnya.

    Tip: Curahkan sedikit air ke atas permukaan cat di dalam tin untuk memelihara cat dari mengeras di dalam simpanan.
    Curahkan sedikit air secara perlahan-perlahan ke atas permukaan cat. Kalau anda curah dengan cepat, ia akan bolos ke dalam dan bercampur dengan cat.

    2. Jangan Simpan Cat Terlalu Lama.

    Kalau boleh, cat yang telah diguna jangan disimpan terlalu lama. Semakin lama anda simpan, cat akan semakin mengeras dan berubah sifat.

    Kelembapan dan kekenyalan cat akan berkurang di atas faktor waktu dan persekitaran.

    3. Kacaukan Cat Anda.

    Kalau cat dah mula keras, ada cara yang boleh dilakukan supaya cat boleh dipakai lagi. Jangan bimbang anda tak perlu bekerja keras.

    Bila dibiarkan tersimpan lama, cat air mudah menjadi likat dan mula berkerak di bahagian dasar tin. Sebelum anda cairkan cat, kacau dan terus mengacau. Kacau dan gaul lagi. Lebih lama anda mengacau, semakin lembut sifatnya.

    Anda boleh gunakan gril elektrik jika ada untuk kesan yang lebih cepat.

    Bila mengacau cat, ingatlah bahawa dengan mengacau selama 1 minit atau lebih tidak cukup untuk buat cat anda sebati. Jika anda kacau dengan tangan, teruskan mengacau sehingga 5 atau 10 minit.

    Anda mesti kacau dengan cara ke atas dan ke bawah dan ke kanan ke kiri supaya ia benar-benar sebati. Untuk lebih berkesan, cara  terbaik menggaul cat adalah dengan menuangkannya ke dalam bekas lain dan kemudian dituang semula ke dalam bekas asal.

    Tip: Kalau anda guna lebih dari 1 gallon 'warna campur' (mixed color)  anda perlu melakukan proses tuang ke dalam bekas lain dan tuang semula ke dalam bekas asal ini. Ulangi proses ini sehingga warna cat jadi konsisten. Perlu diingat bahawa 'warna campur' agak berbeza sifatnya
    dari satu warna ke warna lain.

    4. Guna Air Untuk Melembutkan Cat.

    Kalau dah kacau cat tapi masih likat dan pekat, anda boleh tambah air.
    Tambah sikit air dan mula kacau lagi. Teruskan tambah air di dalam jumlah yang sedikit sehingga tahap kelikatan cat yang diingini tercapai.
    Kalau anda tambah air terlalu banyak pada peringkat awal, anda akan perlukan lebih masa untuk menggaul dan mencapai konsisten.
    Ingatlah, tuang sedikit dan kacau. Teruskan proses ini sehingga anda puas hati dengan kelikatannya.

    5.Guna Bahan Pelarut Cat.

    Ada beberapa jenis bahan pelarut untuk cairkan cat air. Bahan ini boleh dibeli di hardware. Ia berkesan untuk mencairkan cat dan menjadikan cat lebih kenyal. Malah kerja mengecat jadi lebih mudah. Ia dapat mengurangkan kesan garisan sapuan cat.
    Walaupun berkesan tapi harganya juga agak mahal.
    Pakai air sebenarnya sudah memadai. Tambah lagi, jika bahan ini sudah dituang kedalam cat, jangka hayat cat sudah tidak bertahan lama.
    Lebih murah dan mudah pakai air biasa saja.

    Kalau anda dah cuba lima cara ini dan tetap tidak berkesan, mungkin sudah sampai masa untuk anda buangkan saja cat itu. Belilah saja cat yang baru, lebih senang.


    Share Post Ini Dengan Kawan?